Thursday 14 July 2011

Tinkerbell's Corn Cupcakes Recipe..

Hai semua,dalam entri ini,saya nak bagi satu resepi kek cawan iaitu kek cawan Jagung Tinkerbell...


Bahan-bahan:

130 gm gula

130 gm mentega

3 biji telur

200 gm tepung naik sendiri

2 sudu besar susu cair

3 sudu jagung (potong kecil atau guna dalam tin)

Cara-cara:

Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji-sebiji.

Terus pukul dan masukkan tepung sedikit-sedikit.

Akhir sekali,masukkan jagung dan susu cair.

Gaul rata.

Panaskan ketuhar hingga 180 darjah celsius.

Masukkan adunan 3/4 kedalam cawan kertas.

Bakar selama 20 minit.

Kek cawan siap!

p/s:Kalau guna jagung segar,lebih lemak dan manis...

No comments:

Post a Comment