Thursday 14 July 2011

Tinkerbell's Corn Cupcakes Recipe..

Hai semua,dalam entri ini,saya nak bagi satu resepi kek cawan iaitu kek cawan Jagung Tinkerbell...


Bahan-bahan:

130 gm gula

130 gm mentega

3 biji telur

200 gm tepung naik sendiri

2 sudu besar susu cair

3 sudu jagung (potong kecil atau guna dalam tin)

Cara-cara:

Pukul mentega dengan gula hingga kembang.

Masukkan telur sebiji-sebiji.

Terus pukul dan masukkan tepung sedikit-sedikit.

Akhir sekali,masukkan jagung dan susu cair.

Gaul rata.

Panaskan ketuhar hingga 180 darjah celsius.

Masukkan adunan 3/4 kedalam cawan kertas.

Bakar selama 20 minit.

Kek cawan siap!

p/s:Kalau guna jagung segar,lebih lemak dan manis...

Hi..

HAI SEMUA....Nama saya Nurin Adleena binti Adamulhasza.Awak semua boleh panggil saya Nurin.Saya berusia 10 tahun dan belajar di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn,Kuala Lumpur.Saya bercita-cita untuk menjadi seorang chef terkenal apabila besar nanti.Hobi saya adalah memasak kek cawan dan membaca buku resipi.Jika ada yang ingin berkenalan dengan saya,sila hantar emel kepada nurin_cutie@yahoo.com...Bye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!